Showing posts with label Conflict. Show all posts
Showing posts with label Conflict. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

Kekadang Terlintas

          Bila mula bersendiri, aku akan mula mencipta satu dimensi yang baru bagi diri sendiri. Mula membayangi kisah lama. Aku sedar, yang aku tak mampu mengubah segala-galanya. Dan, aku jugak sedar, tiada sesiapa yang bersalah dalam hal tersebut. Seperti insan yang lain, aku jugak mempunyai kelemahan. Aku tak mampu untuk melupakan segala-galanya. Aku tak berupaya untuk memujuk hati untuk melupai. Kadang-kadang aku terfikir, perlukah aku berterus-terang dengan mereka? 
          Aku tidak pernah menyalahkan mereka. Tapi aku amat berharap yang pada suatu hari nanti, mereka akan menerangkan sebab-sebab mereka melakukan itu. (Walaupun sebenarnya, aku dah tahu. Tapi aku cuma hendakkan satu kepastian.) Aku sudah memaafkan. Tapi, memaafkan tidak bererti telah melupakan. Luka yang lalu, tetap meninggalkan parut setelah bertahun-tahun berlalunya. Walaupun 3 peringkat zaman persekolahan telah aku lalui, kesan luka itu tetap ada. 
          Ya ALLAH, kentalkanlah hati anak-MU ini. Lingkupilah aku dengan kasih karunia-MU. Kerana, aku tetap akan percayakan mukjizat-Mu dan juga rencana serta janji-janji-MU.

#Halleluyah Puji Tuhan kerana aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menulis entri ini setelah sekian lama menghilang :)