Friday, August 23, 2013
Kenangan Lalu
Hari nie, aku hampir terlepas semua kata-kata yang terbuku di hati sejak lima belas tahun yang lalu. Aku tau aku telah bertindak kurang ajar. Tapi memendam semuanya sangat menyakitkan. Aku tak tau, apakah aku patut meneruskan perancangan aku. Aku kini dalam dilemma, berlawan dengan konflik. Ternyata, musuh yang terhebat di dunia adalah diri sendiri. Aku kadang-kadang pernah berharap, andai kata aku tidak pernah wujud. Pasti aku tidak akan menyusahkan sesiapa dalam dunia ini. Tapi, aku sedar, aku harus bersyukur pada Tuhan, kerana aku tetap masih dilimpahi kasih dan karunia-Nya. Kerana Tuhan jugak, aku mengalami pelbagai mukjizat yang begitu luar biasa. Aku rasa sangat diberkati.
Format lagi
Dalam masa dua bulan nie jer, aku dah format laptop aku hampir 4 kali pada laptop yang sama. Teringat dekat salah satu komen dekat satu group nie. Aku tanya la dorang, kalau kerap sangat format laptop apa yang akan jadi. Jawapan dia: Jahanam la hardisk tu nanti. Hahaha. Seram sejuk gak la dengar. Tapi hati nekad nak jugak format balik. Dan, hari ini adalah kali ke-4 aku format si shabby aku nie. (P/s: Shabby nama manja laptop aku :P) Hahaha. Kepada semua kawan-kawan kat luar tu, format laptop nie senang jer. Aku pun 1st time buat. Tu la yang takut, seram sejuk semua tu. Takut-takut tak menjadi, naya aku nanti. K la, setakat nie jer cerita aku hari nie. Bye~
Salam setia,
Hikari of Life
Tuesday, August 20, 2013
Andai Saja YA
Sebenarnya, aku ada satu imaginasi yang sangat tak logik. andai saja OTAK kita ni berfungsi sama seperti sistem komputer.
KEBAIKAN:
- Boleh padam semua memori yang tidak "berguna" dan yang buruk.
- Bila dah padam, maksudnya. Kekosongan untuk memori baru dah bertambah.
- Sistem otak boleh berjalan dengan lancar dengan kurangnya "dump file", "temporary file","unused file" and etc.
KEBURUKAN:
- Bila dah banyak sangat memori yang menyemak, tak larat nak tapis satu persatu, terpaksa la FORMAT. Jadi memori indah and buruk sekali hilang. *Sayang*
- Sistem otak akan lag kalau tak kena "defrag" secara konsisten.
- INI SEMUA POYO! MANA MUNGKIN!
Okay. Sekian~
Regards,
Hikari :)
Kekadang Terlintas
Bila mula bersendiri, aku akan mula mencipta satu dimensi yang baru bagi diri sendiri. Mula membayangi kisah lama. Aku sedar, yang aku tak mampu mengubah segala-galanya. Dan, aku jugak sedar, tiada sesiapa yang bersalah dalam hal tersebut. Seperti insan yang lain, aku jugak mempunyai kelemahan. Aku tak mampu untuk melupakan segala-galanya. Aku tak berupaya untuk memujuk hati untuk melupai. Kadang-kadang aku terfikir, perlukah aku berterus-terang dengan mereka?
Aku tidak pernah menyalahkan mereka. Tapi aku amat berharap yang pada suatu hari nanti, mereka akan menerangkan sebab-sebab mereka melakukan itu. (Walaupun sebenarnya, aku dah tahu. Tapi aku cuma hendakkan satu kepastian.) Aku sudah memaafkan. Tapi, memaafkan tidak bererti telah melupakan. Luka yang lalu, tetap meninggalkan parut setelah bertahun-tahun berlalunya. Walaupun 3 peringkat zaman persekolahan telah aku lalui, kesan luka itu tetap ada.
Ya ALLAH, kentalkanlah hati anak-MU ini. Lingkupilah aku dengan kasih karunia-MU. Kerana, aku tetap akan percayakan mukjizat-Mu dan juga rencana serta janji-janji-MU.
#Halleluyah Puji Tuhan kerana aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menulis entri ini setelah sekian lama menghilang :)
Subscribe to:
Posts (Atom)