Dalam masa dua bulan nie jer, aku dah format laptop aku hampir 4 kali pada laptop yang sama. Teringat dekat salah satu komen dekat satu group nie. Aku tanya la dorang, kalau kerap sangat format laptop apa yang akan jadi. Jawapan dia: Jahanam la hardisk tu nanti. Hahaha. Seram sejuk gak la dengar. Tapi hati nekad nak jugak format balik. Dan, hari ini adalah kali ke-4 aku format si shabby aku nie. (P/s: Shabby nama manja laptop aku :P) Hahaha. Kepada semua kawan-kawan kat luar tu, format laptop nie senang jer. Aku pun 1st time buat. Tu la yang takut, seram sejuk semua tu. Takut-takut tak menjadi, naya aku nanti. K la, setakat nie jer cerita aku hari nie. Bye~
Salam setia,
Hikari of Life