Nak cerita nie, tapi cerita tak hangat pon. Sekarang nie, dah hampir dua bulan saya menjejak kaki ke Pulau Mutiara nie. Kekeke :D
30 Ogos 2012, saya dengan selamat nya menjejak kaki ke Pulau Pinang :) Mase sampai tu, banyak la kakak dan abang senior (PPSL) tunggu kat airport. Waaa, saya pula cam kerang busuk. Orang tanye, senyum je. Sepatah dua je jawapan, tu pon lau disoal bertubi-tubi. Ada sorang kawan nie, budak Ilmu Pendidikan. Tak tau la nama dia, dari Serian. Bercakap dengan saya sepanjang perjalanan dari dalam flight lagi sampai la ke USM. Tapi dia dok kat Tekun, luar kampus. Saya lak Bakti Permai (Chak'Aa Chak'Aa) dalam kampus. So, after tu. Dah tak nampak dia dah. Hahaha.
Sampai je USM, senior pun tanya la kami dapat desa mana. Lol, dengan dukacitanya, hampir semua dok RST dan saya seorang je Bakti Permai. Haaa. Mase tu, cemas pun ada, risau pun ada, kecewa pun ada, semua menjadi satu. Dah la takda kawan. T^T Sedih betul. So, tak lama lepas tu. Senior-senior lain handle la bebudak RST nie. Dan tinggal la saya dengan 3 lagi budak RST yang tertinggal. Jadi, senior Chua pun bawa la kami p desa masing-masing guna Hilux dia. Memandangkan senior tu penghuni Fajar Harapan (baru tau minggu lepas), dia pun hantarlah bebudak RST tu balik dulu baru hantar saya. Mak aih, mase kat bakti pula. Senior-senior yang hantar saya tu pula hilang entah ke mana. Terpaksa la saya cari pejabat BP tu sendiri. Kisah duka lagi (memang padan sebab saya memang agak penakut), saya berdiri kat kaunter tu dan panggil la staff kat situ. Tapi dorang terlampau sibuk dan tak dengar saya panggil. :( Jadi, saya bercadang tunggu dorang siap baru panggil lagi. Naa. Tuhan permudahkan proses pendaftaran saya, salah seorang staff nampak saya di kaunter tu. Jadi, dia tanya apa yang saya nak. Saya cakap la nak daftar bilik. Staff tu pun panggil la Kak Fa untuk uruskan saya. Impresi pertama kat kakak sorang nie, "wow, gorgeous giler akak nie. o.O" Hahaha.
Rasanya, nie je kot yang saya nak cerita tentang pengalaman pertama saya berada di negeri orang :D Lain kali cerita tentang variasiswa lak yer :)












